Sabah Day4 : Tawau -KL

Dah 4 hari kitorang kat borneo nih. harini nak balik KL. Kami datang bawak 2 beg tapi balik dah jadi 3 pulak. 1 beg lagik penuh nagn ikan, ketam n udang. Kami borong habis semlam .. hahahhaha.
BYE BYE Sabah Sayonara.



Haziq berangan. Satu hari nanti aku yang akan bawak kapal terbang nih....

Sabah day 3: Semporna - Tawau

Dah 3 hari dah kat Sabah nih.. hari noh kitorang tak plan nak buat ape2 sebab dah keletihan semalam. pagi2 lepas sarapan teh o and roti bakar, terus bergerak balik semula ke Tawau menuju umah adik aku. malm ni kitorang tido umah dia jek. Plan harini nak pi pasar nk borong ikan n ketam untuk makan tengahari n tak lupa bawak balik KL.




Sabah Day2 :Semporna

Hari ke2 kat Tawau dah. Bangun pagi2 dah pekena nasi kuning. Adik aku kata nasi nih memang famous kat sini.

Lepas mengisi perut terus bertolak ke Semporna.


Terus menuju ke Dargon Inn Floating Hotel.Best


Ini la biliknya. Semalam RM88.Dinding dia diperbuat dari kayu. Agak kasar n tajam sket la.


Ni la bilik air dia. unik mandi air terus jatuh kat laut. Lepas ni kitorang terus sewa boat pi Pulau Mabul.


Dalam Boat




Sabah Day1: Tawau

Selepas 3 hari balik dari Sabah nih baru la aku ada mood nk update blog. Bukan ape balik jer dari holiday dah dapat email yang membuat jiwaku kacau dari lady boss aku. Apa nak buat kan. Ok la x mau citer benda yang x best sekarang nk citer benda yang best jek iaitu HOLIDAY .. hehhehe

Ahli rombongan ialah aku tuan punyer blog, en. somiku, Haziq, mak aku n nor adik bongsu aku.Macam yang dirancangkan aku bertolak dari rumah pukul 4 pagi.Pak Mail kul 3.50 dah sampai umah aku. Hebat org tua nih. Sampai Lcct dalam kul 5 camtu. Lepas breakfast n check in, solat subuh semua tepat jam 7.20 kapal terbang ku pun berlepas. Walaupun aku x booking seat tapi kitorang dapat duk depan sekali. Selesa la luas Haziq pun bleh main2. Tengok la ragam Haziq kat airport n dalam flight.



Haziq tido jek kat dalam flight sebab bangun kul 3.30 pagi hheheh


Hotel yang kitorang lepak kat bandar Tawau. Satu malam RM60 hengget.


masa nk tunggu check in. Lepas check in Haziq sambung tido ngan Ayah. Ibu plak ngan ahli rombongan yang lain meroyan kat central Market memborong mutiara. Tapi sayang lupe nk bawak camera.


Posing kat tepi laut kat Tawau. Aku x ingat ape nama tempat nih. Tawau nih memang tepi laut


Memasing ngan hal sendiri


Pasar Tawau.


Makan malam dengan rakus. Tak SEDAP mahal jek bleh harap.

Tak ada mood la

Sunguh la aku x mood nk wat keje harini...Nape ek?? Nak tau jawapan nyer?? ha ketuk ketampi dulu 20 kali wakakakakkaaka!!!! Sebenaq nye kami nk pi jalan esok nk pi Semporna.Sekeluarga ngan mak n adik pompuan aku. Tak sabar dh ni. hati aku nih dh flying without wings kat Sabah nu..Sungguh ku tebayang pantai yang cantik kat pulau mabul tuh teringat lagu Amelina dolu2

Pasir putih tepi pantai
ombak saling bergetaran
kau lari aku mengejar
diantara deru rindu
kita berdua ......

amboi..

esok flight aku pukul 7.20 pagi . Gilerrrrr pepagi buta kul berapa nk pi airport. tu la nasib baik ada Pak Mail tuan umah sewa kitorang yang dulu tolong hantarkan. Pak Mail nih memang biasa hantar org pi airport pepagi buta. Esok kul 4 pagi bertolak dari KL. Ni alamatnye mlm kang tido pakai baju siap2 bangun trus bertolak.. HAHAHAHAHAHA.. awal tuh kul 4 lagipun excited punya pasal.

kalo ngikut plan nya cenggini

esok betolak dari kl 7.20 pagi sampai tawau 10.05 pagi.
adik aku yang duk kat tawau tuh akan amik kitorang.Pastu merayau2 kat tawau carik mutiara. yang paling penting aku nk pi pasar tawau nk beli ketam nk masak kat umah adik aku. Murah tuh ketam diorang.. katanya la
seharian kat tawau hari jumaat tuh

Then ari sabtu bertolak ke Semporna dengan kereta kelisa awek adik aku. (Muat ke 5 org naik kelisa.. bantai jek)pastu plan nk pi Pulau Mabul naik speed boat.. best tuh...kami plan nk snorkeling ....boleh ker abis Adam Haziq cemana? malam tido kat Dragon Inn Hotel (Floating hotel)

ahad merayau2 plak kat pekan semporna nk nengok anak2 bajau laut mandi laut ..heehhehe then petang balik semula ke tawau

Isnin bertolak balik ke KL flight kul 10.30 pagi dijangka sampai kL 1.15 petang

Kari Kepala Ikan Merah


Kari kepala ikan merah mengancam.. Dah lama dah masak sajek jek nk menghebahkan gambonyer sebab aku tengah lapo sekarang..HUHUHUU

Puff Tuna



Puff Tuna ni aku masak pagi tadi untuk breakfast Haziq. Semangat pagi2 bangun tau buat sarapan. Ala bukan susah pun
resepinya:
1 bungkus roti prata yg plain (5 keping) aku guna brand kawanku
1 tin tuna mayonise/sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)

roti prata di potong 3..ambil satu bahagian kemudian diisi inti di bahagian tengah..selepas itu dilipat jadi segitiga.
ulang proses sampai habis..then kelimkan tepi dia macam karipap...sapukan dengan kuning telur
akhir sekali bakar dalam 30 minit atau sampai puff nampak gebu dan permukaan jd kekuningan.
Dah siap... Haziq jom makan.. resepi nih aku amik kat myresepi.com .. sedap tau sebiji macam puff kat bakery tuh.. so sekarang x payah beli lagik dh boleh buat sendiri. Boleh letak apa2 inti kegemaran ramai hehehehe.....

Masih hangat di dulang pembakar.


Yang ni gulung ngan sosej untuk en somiku yang sangat sukekan sosej. Tapi yang ni aku potong prata tu 4 bahagian so kecik sgt x tutup pun sosej tuh..hiihii

Weekend

Wah!!!! weekend ni dapatla berehat. Dah 2 minggu berturut2 balik kampung. Pagi bangun tidur ada kerahan tenaga. Kena gotong-royong kemas Umah. Tak ada yang terkecuali termasuk Haziq. Part yang paling Haziq suke ialan vacum. Keje nih Haziq dah chup. Lepas kemas2 sume sarapan nuget n french fries jek. Malas nk buat sarapan.
Bila dh tengahari lapar berangkat ke Jusco Taman Maluri. sasaran Utama KFC. Ni sebab terpedaya ngan iklan kat TV tu la.

Dah selamat kena ngap satu baru nak amik gambar. Ni yang perisa baru tuh yang pedas tuh. Pada aku sedap la oleh kerana dia pedas so kurang sket muak.

yehhh... Haziq dah kenyang mkn potato wages

Lepas makan Haziq n Ayah terus menuju ke dunia Haziq(kids world)....sementara ibu bershoppingan. Haziq x mau balik nk main jek kat tempat mainan nih.

Haziq tido pakai selimut


HAHAHHAHAHAH ni gambar haziq tido kat kampung aritu. Ni 1st time tau dia tido pakai selimut. Biasanya dia mesti terjaga kalo kite selimutkan dia terutama bahagian kaki. Tapi tengok ni kaki dia semua kena selimut tapi masih x sedarkan diri. Mungkin Haziq penat sangat kot sebab siang tadi seharian berjalan dari KL ke Teluk Intan ke Hutang melintang. emmmmm CAYANGGG!!!! Haziq

Balik Kampung

Weekend aritu balik kampung ayah haziq. Petang sabtu tuh lepas rehat2 kami pi berjalan tengok baby kat Hutan Melintang.Balik tengok baby singgah rumah Paman Norman kat Kampung Bahagia Hutan Melintang Perak gak.Rumah ni adalah rumah pusaka arwah datuk Ayah Haziq. Paman ni ditugaskan untuk menjaga rumah ni dan kebun-kebun di sekitarnya. Agak uzur gak la rumahnya. Tapi best tau kawasan rumah nih lapang jek. Teringat balik kenangan aku tidur kat dusun durian kecik2 dulu heehehhe.Pastu ada macam-macam jenis pokok buah-buahan. Limau bali ada, buah nam-nam ada tapi sayangnya semua tak ada buah. Tak ada rezeki. Aku nk sangat bawak balik buah nam-nam nk tunjuk kat kengkawann opis aku sebab diorng x kenal buah ni hahhah. Tak ada rezeki.

Nila rumahnya. Dah agak uzur gak la


Haziq nk belajar panjat pokok kelapa

Keranamu Adam haziq


Inilah orang kata,baru anak sorang dah kelam kabut. Memang pun semua kerana Adam Haziq. Kitorang kan dah lama x tido dalam bilik. Terpaksa tido kat depan tv sebab haziq tak nak tido dalam bilik. mungkin panas kot. Bila ayah nk order air-cond agaknya. HIHIHIIHI.
Aritu hantar toto kat kedai dobi. Sampai sekarang x amik lagi sebab kedai dobi tuh tutup awal. So malam tido x ada toto. haziq tido kat toto kecik yang untie Naz tolong belikan kat kelate tuh. Habis IBU n AYAH tido mana. Keranamu Adam haziq Ibu n Ayah terpaksa share satu tilam bujang. SEMPITNYA. Haziq!!!! mahal2 ibu beli tilam spring. Jom la tido kat tilam.JOM la Haziq

Kepah oh Kepah

Masa balik muar minggu lepas aku beli kupang 3 kilo and kepah sekilo. 1kg kupang untuk kak nora (babysitter haziq) and 2 kg lagi nk bawak balik teluk intan ujung minggu ni.Simpan dalam fridge. Al-kisah malam tadi aku pun masak la kepah bercili. Itupun kira 1st time la masak kepah. Memang tak penah masak pun sebelum nih. Dah siap masak semua mcm biasa la dah hidang ayah Haziq pun makan dulu. Biasanya kami makan memang bergilir sebab nk makan dengan tenang nanti Haziq kacau. Masa makan tuh ayah Haziq cakap nape lain macam jek kepah ni. Tapi aku wat tak tau jek sebab aku x nampak apa yang pelik pun. Nampak sedap jek. Lagipun aku anggap ayah Haziq pun kira 1st time makan bukan dia tau pun.

Ayah haziq pun teruskan makan. Tapi dia makan x banyak aku suruh habiskan nasi tapi x abis.Dia kata dah rasa mual. Aku biasa la malam x mau makan nasi (konon). Pastu aku pulak ambik turn makan. Aku pn makan la kepah tadi. Apasal rasa lain macam jek. Sungguh... kepah ni lom masak. HAHHAHAHAH Selamat la laki aku makan kepah mentah hahahaha.Rupa-rupanya kepah ni kena masak lama-lama sket tak sama macam kerang. Kalau kerang bila kulit dia dh tersenyum tuh maknanya dh masak la kan. Tapi kepah ni lain.Kulit dia tebal dan isi dia pun besar. kena masak lama sikit baru dia masak.

Tapi aku cerdik hehehe. Aku x nak makan kepah mentah. So aku masukan la semula dalam kuali pastu tutup biar sampai 5 minit. pastu sume air dia akan kuar dan jadi banyak kuah. Baru la masak HAHAHAAH..

Nasib Baik pagi tadi ayah Haziq tak sakit perut makan kepah mentah...Rasa bersalah pulak aku.



Kepah ni memang besar. Cuba bandingkan dengan tomato tuh. Tomato tuh besar tau size normal

Pelik dan Ajaib

Sebenarnya aku tengah konpius dengan en.somi ku. Pelik + ajaib la. Semenjak dapat gaji bulan ni acctually before dapat gaji lagik dia nih asyik shopping jek. Lain sungguh dengan tabiat ni sebelum ni yang kedekut gilezz untuk shopping.Jumaat lepas pi atria kat uptown adidas warehouse sale. dia rembat t-shirt selai and beg satu. tak dilupakan t-shirt gak untuk anak teruna dia.pastu dia beli suar yang poket2 banyak tuh. lepas tu semalam pi hytex warehouse sale kat kepong beli baju anak dia lagik. 5 pasang baju ngan satu kasut n stokin. Tadi dia email aku kata beli swimming pool untuk haziq.Aku tersangat la konpiusnya dengan en somiku nih. Tak penah2 kena sawan shopping pulak. Aku bukan apa cuma tak puas hati jek sebab
1. Jawatan tukang shopping tuh aku yang sepatutnya pegang. Kenapa dia pulak???
2. Tak ada satu pun barang dia beli untuk aku. Semua untuk dia and haziq jek (KEH KEH KEH)

Sambal Lada Hiris Udang


Sambal ni kalo tak silap, aku masak 2 minggu lepas. Nama dia sambal Lada Hiris Udang. Sambal cmni memang famous kat kampung aku, Kampung Tanjong Olak, Muar. Asal nya resepi ni x letak udang pun. Hanya letak ikan bilis jek. Mungkin orang dulu-dulu kan susah so masak la sambal ni sebab bahan-bahannya sangat la simple. Tapi memang sedap gilezzz. Lagi-lagi kalo lada nya pedas sket. Ha nk bagitau orang kampung aku tak guna perkataan cili. Kami guna lada. kalo cili tuh maksud dia ialah cili api.

Ha satu lagi sambal ni famous bila time kenduri kawen. Time rewang tuh biasanya diorang akan masak sambal ni dicampur dengan hati ayam, dan segala organ dalaman ayam. Masakan ni jadi juadah untuk makan tengahari semua orang kampung yang datang rewang sehari sebelum majlis kenduri kawen.(Berbelit-belit ayat aku)

Oleh kerana aku rasa sambal ni agak special, aku tepek la resepinya sekali untuk anak cucu cicit aku nanti hehehhe

Bahan
lada merah + hijau dihiris
bawang merah potong bulat
bawang putih dihiris
sedikit halia dihiris
ikan bilis atau udang atau hati ayam pun sedap
minyak
garam
serbuk perasa
asam jawa

Cara-cara nya sangat la mudah
kalau guna ikan bilis, ikan bilisnya hendaklah digoreng dahulu.
Tumis semua bahan-bahan diatas lepas tu perasakan dengan garam dan serbuk perasa dan jangan lupa letakan sesudu air asam jawa. Siap untuk dihidang dengan nasi panas dan ikan masin.

Sambal Udang

Teringin sangat nk makan sambal udang. balik keje keluarkan udang dari dalam fridge. Pas mandi sume mula la memasak sambal Udang. Penat sebenarnya tapi teringin sangat, masak jugak la.

Ikan Siakap Kukus



ini la masakan kegemaran en somiku ... Ikan siakap kukus. Beli ikan nih kat tesco seekor potong 2. Boleh la 2 kali makan hehehe.

Umaira Aishah


ini la sepupu haziq belah ayah. Nama dia Umaira Aishah tapi tak tau la spelling aku ni betul ker tak.. Hujung minggu aritu dia datang umah kitorang
Nak main-main dengan Haziq.. Lagipun kitorang pun lama dah x jumpe. Selalu balik kampung x tersama.