Carl's Jr.

Siapa pernah makan kat restoren fast food Carls Jr angkat tangan. En somi ku kata burger dia sedap.So semalam masa misi mencari buku Haziq kat sunway piramid aku try la. Tapi x sempat nk mkan kat sana . Tapau jek sebab takut Haziq mengamuk nnti dia dah mengantuk.


jeng jeng jeng .. nila burger dia.. dah kena baham sket hahaah.. punya la besar burger dia sorang mmg x bleh abis... patutla harga dia pn mcm untuk 2 org makan. Rasa dia ok la manis2 sket sos dia.

Something untuk Haziq

hai kenapalah Haziq sekarang menguji kesabaran ibu dan ayah betul. haziq agak manja sekarang nih. Dia macam nak kan perhatian 100% dari ibu n Ayah. pastu kuat merengek plak. Asyik nak ibu dukung jek. Kat dalam rumah pun nak ibu dukung.
Ibu pun mencari idea camne nak buat haziq nih bleh main sendiri tanpa merengek2 nak ibu dukung. kasi permainan pun dia x berapa suke. Ha ibu dapat idea. tengokla apa ibu beli untuk haziq jeng jeng jeng...

Ibu beli buku untuk Haziq. Sekarang Haziq dah 1 tahun 7 bulan so boleh baca buku dah heheheeh....

ibu beli 2 buku untuk haziq. baby first animals RM9.90(sebab haziq memang suke tgk animal planet) and First word (yang nih sebab murah RM5.90 jek). Haziq sangat teruja bila ada gambar ngiau kat dalam hehheeh.. gembiranya dia.. bila nampak jek gambar cats yang kat bawah tuh Haziq mesti sebut ngiau.

Haziq pun sekarang dah pandai nk menulis. tapi ibu risau la kalo tgk Haziq pegang pen or pensel takut tercucuk mata. Lagipun kalo kasi Haziq pen sume dia conteng. bantal pun habis jadi mangsa. So ibu belikan Haziq magnetic pen n board nih.magnatic pen ni Haziq hanya boleh conteng kat board dia jek. tempat lain x boleh hehheheh. lega sikit ibu. harganya RM31.90.

kat belakng dia plak boleh conteng guna marker n boleh padam. Kiranya 2 fungsi la.

Tapi tengok la apa Haziq dah buat. Ibu n ayah hanya mampu gelak jek tgk perangai Haziq. Mentang2 kaki dia besar semua benda dia nak pijak..huhuhuh....
Haziq haziq

Orang Kampung

Tengok la gambo kat bawah nih


Ini dalah gambo mak aku tengah petik pucuk ubi kat tepi rumah. Tengok la orang kampung sangat senang nak bercucuk tanam. Tepi rumah pun jadi. Pokok ubi ni aku yang request mak aku tanam sebab sekarang mcm susah sgt nk makan pucuk ubi. Macam x bleh terima kenyataan jer pucuk ubi pun kena beli. kalo tanam sendiri dalam masa 3 bulan dah tinggi mcm nih.Pastu tengok la haziq mesti nk menyebuk ..hehehe..

Sebenarnya aku teringin sgt nk memiliki rumah yang ada ruang untuk bercucuk tanam. Maklumlah umah aku sekarang apartment. Sejemput tanah pun tak ada.Camne.. Tapi itu tak mematahkan semangat juang aku untuk menghijaukan bumi ni. Tengok ni adalah pokok pandan n pokok2 merepek yang lain kat balkoni umah aku. Tapi aku dah banyak kali nk tanam pokok kunyit. tak menjadi2 gak geram betul.


Yang ni pulak kat rak kasut

Fruit Picking

Semalam balik kampung lagi, Muar. Lari dari kesibukan Kuala Lumpur selama 48 jam. Kali nih musim buah lagik. Apalagi fruit picking la. Tapi durian dah abis tinggal rambutan n manggis. Tapi aku tukang duk bawah pokok jek. Orang lain yang tukang panjat. heheheh...

Sebut pasal musin manggis nih kalo time aku kecik2 dulu aku lah orang kaya. Apa tidaknya balik sekolah keje aku duk atas pokok manggis jek pungut buah manggis. pstu petang ada apek bawak motor beli manggis aku. Seingat aku dulu sekilo dalam RM2.00 cmtu. Sehari aku bleh dapat dalam 60 ke 80 hinggit. Best tuhhhh

Tapi sekarang keberanian aku memanjat pokok manggis dah habis terbang ntah kemana. ... Alangkan indahnya zaman bebudak dolu2.

Mutiara oh Mutiara

Untuk n3 kali nih aku nk sambung balik pasal citer bercuti nih.. boleh tak??? Boleh ke tak aku tak peduli sebab aku adalah tuan kepada blog nih... So Ada Aku Kesah.. HAHAHHA... sabar dulu ..
Sebenarnya aku nak share koleksi pearl yang aku borong kat Sabah aritu. Tapi aku x dapat kongsi semua la sebab lom sempat amik gambo dh kena rembat ngan mak n adik aku hahha... So ni jer la tinggal.. itupun kebanyakan orang kirim kat aku.

Yang ni 1 set rantai labuh n gelang tangan RM80


Yang ni pulak 1 set untuk kanak2 RM25


Yang nih kristal jek RM18


start dari atas RM20, RM15, RM 17, RM15


Yang nih RM24


Yang nih RM5 jek satu. Oleh kerana kami dah borong banyak dia kasi 3 RM10 hengget jek. Pak cik yang jual ni siap kasi aku n adik aku free lagik sorang satu.

Mana Menghilang

Wah.. Lama sungguh aku x update blog nih kan Sanagat busy la sekarang.. Banyak kerja.. Semenjak Balik dari bercuti nih macam2 benda la kat ofis tuh yang membuat jiwa ku x tenteram. Tu yang tak ada mood nk update blog.