Sahur 1 Ramadhan

Hari pertama berpuasa sebelum tido kunci jam sesiap 4.45 a.m. Check 3 kali ok takut terletak p.m. kalo salah set p.m sahur air liur basi je la hhahahah. 15 minit pertama digunakan untuk acara memanaskan nasi dan lauk pauk. lauk recycle je makan malam punya.  Menu sangat la simple

Ayam Goreng Kunyit

suhun + tauhu kering + kentang masak tumis air.

Milo Panas

Wassalam
SELAMAT BERPUASA SEMUA

Marhaban Ya Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lalu.


Happy Birthday Haziq



Wah dah agak basi cerita ni. Walauapapun ni adalah tarikh yang penting 15/12/2010 genap umur Haziq 3 tahun....Ibu tak buat apa2 pun. just beli kek untuk Haziq celebrate birtday kat rumah Mak Nora. tak sempat pun ambik gambar. Pastu just beli kek comel untuk Haziq potong kat rumah sebab haziq suke sgt main Besday To You dia kata. tak pe la lepas ni plan nk celebrate besday Haziq kat kampung.lagi seronok.tapi lewat sket la. TUNGGUUUUU.................

Sayang Haziq

wah.. lamanya tak update blog.. harini 14 Disember 2010, genaplah 3 tahun Allahyarham Hj Nurudin bapa mertuaku merangkap mbah lanang Haziq meninggal dunia. Disaat dan waktu yang sama aku menulis ni la kami mendapat berita pemergiannya 3 tahun yang lalu. Masa ni kami tgh bersiap sedia untuk ke hospital kerana tanda-tanda untuk melahirkan Haziq telah keluar sejak pagi lagi. Tapi rupanya kami hanya mampu merancang tapi Allah jua la yang menentukannya. Sudak tertulis yang Haziq lahir tanpa datuknya.

esoknya 15 Disember 2007 lahirlah seorang permata hati Muhammad Adam Haziq. Esok Haziq dah pun berusia 3 tahun. Semoga Allah melindungi dan merahmati anakandaku. Happy Birthday Haziq...Ibu dan Ayah sayang Haziq

SHREK


Ini adalah pertama kali Ibu bawak Haziq tengok wayang.. Company Ibu sponsor all family members untuk tengok wayang.. seronoknya.. free kan.. teruja jugak mula2.. haziq terpaku tengok. tapi bila dh lama2 start jugak dia buat perangai ultraman dia..heheheh

Pulau Pinang



Selepas puas mandi manda kat bukit merah..rombongan kami menuju pula ke Penang



Misi utama mencari Nasi kandar Line Clear



Kena Beratur



Kepala Ikan



nyummmm... memang best...



Lepas kenyang terus bergerak ke Naza talyya Hotel... hampeh dia kasi aku single bed.. aku pun mls nk bising2.. aku komplain dia kata twin sharing harga lain.. ada ke patut..



haziq meneruskan aktiviti mandi kolam



Dah kembang mandi kolam mandi laut plak..



Laksa Penang memamg syokkkk habis



Kecewa dengan Mi Udang Kuala Sepetang.. Mi Udang Tanjong Bungah Pengubat hati.. jauh beza rasanya.. Makanan kat Penang memang tak menghampakan



Hotel Naza



jalan2 cari jeruk



Jeruk



Buah Berangan



Haziq Jom Balik ... Feri dah tunggu tuhh..



Ayah.. Haziq tengok air...bestnya

Taiping

Mi Banjir Udang Kuala sepetang?????... wahh femes semalaya.. Jom kite merasa la hebat sangat ke mi banjir udang nih... meh rasa sket!!!!!



Papan tanda



harga mi RM6 (udang bela) RM10 & RM12 (udang laut). Udang??? memang meriah ada 8 ekor, 4 jantan 4 betina. Rasa???... indah khabar dari rasa.. kalo cmni la rasanya aku masak lagik sedap.. pedas menyegat.. kuah sgt cair.. tak rasa udang langsung...so memang out laaa... sorry yer mak teh....keadaan persekitaran??? kebetulan aku smpai hujan renyai2.. dengan lalat yang byk.. lepas tuh warung berhampiran parit yng baunya amat memualkan...



lepas habis makan kami bergerak ke Bukit Merah Laketown resot... Tujuan utama mandi manda..



Bagasi utuk 7 orang.. muat2 jerrr



Studio Apartemnt.. sangat luas.. boleh muat utk 4 orang..Promotion Price RM68... memang berbaloi2



Ini swimming pool dia... syokk habis.. masa haziq mandi x sempat ambik gamba sebab Haziq sgt la excited tgk air.. smpai magrib mandi pun tak nak balik