Happy Birthday Haziq



Wah dah agak basi cerita ni. Walauapapun ni adalah tarikh yang penting 15/12/2010 genap umur Haziq 3 tahun....Ibu tak buat apa2 pun. just beli kek untuk Haziq celebrate birtday kat rumah Mak Nora. tak sempat pun ambik gambar. Pastu just beli kek comel untuk Haziq potong kat rumah sebab haziq suke sgt main Besday To You dia kata. tak pe la lepas ni plan nk celebrate besday Haziq kat kampung.lagi seronok.tapi lewat sket la. TUNGGUUUUU.................

Sayang Haziq

wah.. lamanya tak update blog.. harini 14 Disember 2010, genaplah 3 tahun Allahyarham Hj Nurudin bapa mertuaku merangkap mbah lanang Haziq meninggal dunia. Disaat dan waktu yang sama aku menulis ni la kami mendapat berita pemergiannya 3 tahun yang lalu. Masa ni kami tgh bersiap sedia untuk ke hospital kerana tanda-tanda untuk melahirkan Haziq telah keluar sejak pagi lagi. Tapi rupanya kami hanya mampu merancang tapi Allah jua la yang menentukannya. Sudak tertulis yang Haziq lahir tanpa datuknya.

esoknya 15 Disember 2007 lahirlah seorang permata hati Muhammad Adam Haziq. Esok Haziq dah pun berusia 3 tahun. Semoga Allah melindungi dan merahmati anakandaku. Happy Birthday Haziq...Ibu dan Ayah sayang Haziq

SHREK


Ini adalah pertama kali Ibu bawak Haziq tengok wayang.. Company Ibu sponsor all family members untuk tengok wayang.. seronoknya.. free kan.. teruja jugak mula2.. haziq terpaku tengok. tapi bila dh lama2 start jugak dia buat perangai ultraman dia..heheheh

Pulau Pinang



Selepas puas mandi manda kat bukit merah..rombongan kami menuju pula ke Penang



Misi utama mencari Nasi kandar Line Clear



Kena Beratur



Kepala Ikan



nyummmm... memang best...



Lepas kenyang terus bergerak ke Naza talyya Hotel... hampeh dia kasi aku single bed.. aku pun mls nk bising2.. aku komplain dia kata twin sharing harga lain.. ada ke patut..



haziq meneruskan aktiviti mandi kolam



Dah kembang mandi kolam mandi laut plak..



Laksa Penang memamg syokkkk habis



Kecewa dengan Mi Udang Kuala Sepetang.. Mi Udang Tanjong Bungah Pengubat hati.. jauh beza rasanya.. Makanan kat Penang memang tak menghampakan



Hotel Naza



jalan2 cari jeruk



Jeruk



Buah Berangan



Haziq Jom Balik ... Feri dah tunggu tuhh..



Ayah.. Haziq tengok air...bestnya

Taiping

Mi Banjir Udang Kuala sepetang?????... wahh femes semalaya.. Jom kite merasa la hebat sangat ke mi banjir udang nih... meh rasa sket!!!!!



Papan tanda



harga mi RM6 (udang bela) RM10 & RM12 (udang laut). Udang??? memang meriah ada 8 ekor, 4 jantan 4 betina. Rasa???... indah khabar dari rasa.. kalo cmni la rasanya aku masak lagik sedap.. pedas menyegat.. kuah sgt cair.. tak rasa udang langsung...so memang out laaa... sorry yer mak teh....keadaan persekitaran??? kebetulan aku smpai hujan renyai2.. dengan lalat yang byk.. lepas tuh warung berhampiran parit yng baunya amat memualkan...



lepas habis makan kami bergerak ke Bukit Merah Laketown resot... Tujuan utama mandi manda..



Bagasi utuk 7 orang.. muat2 jerrr



Studio Apartemnt.. sangat luas.. boleh muat utk 4 orang..Promotion Price RM68... memang berbaloi2



Ini swimming pool dia... syokk habis.. masa haziq mandi x sempat ambik gamba sebab Haziq sgt la excited tgk air.. smpai magrib mandi pun tak nak balik

Haziq @ cameron Highland

'Ibu jom kiter pergi Cameron Highland.. teringin nk makan strawbery la'. kata haziq lalu ibu menjawab.. 'Jom kite ajak ayah'. ' Kite bawak Mak, Pok Cik, Mok cik dan Acu sekali la' kata Haziq yang baik hati...

HUHUHU.. dialog diatas hanya lah rekaan semata.. tak mana taunya haziq pasal cameron highland nih.. ibu ayah dia jer yang lebih.. sesaja bawak mak n pok cik yang x penah menjejak kan kaki ke sini.Perjalanan melalui Tapah memakan masa hampir 4 jam dari KL. haziq muntah dalam kereta layan jalan bengkang bengkok.. nasib baik lepas muntah dia ok



Strawberi sgt sinonim dengan cameron highland



Taukeh ladang Teh Nih...



Makan sosej bersama teh boh lepas penat melawat ladang teh.... mcm kat umah tak biasa minum teh boh..huhuhuh



2 + 1



Dulu berdua sekarang dah bertiga...Ini lah rezeki Allah..Semoga Anakanda Muhammad Adam Haziq Bin Zulkifli akan menjadi anak yang soleh... Amin



Ni masa honeymoon.. inai masih merah di jari huhhuuh...Ladang Teh BOH Cameron Highland



Masih ditempat yang sama ladang Teh BOH cameron Highland.. tapi sekarang dah bertiga..2 batang kayu yang kitorang duk tuh pun masih ada lagik..

Ibu pun Sakit

Sekarang Turn ibu plak sakit perutt... rasa macam nak muntah tapi x bleh nak muntah.. rasa angin penuh kat perut.. makan ape nih.. sampai Haziq kena ibu kena and ayah pun muntah pagi tadi.. seingat aku sabtu lepas b4 haziq mengadu sakit perut aku masak nasi ayam.. pastu sup ayam dia terlebih letak rempah sup adabi tuh.. pekat weiii macam sup ayam mamak jadik nya... mungkin sebab sup ayam berempah tu kot......

Bila dah sakit perut tak bleh buat keje la..bila x bleh buat keje MC la hehehhe... best gak tang mc tuh... lepas makan ubat angin ok sket la rasanya... perut lapar nih.. dari smlm x mkn.. bila angin dh keluar baru rasa lapar tapi mcm x ada selera.. so nak makan ape ek... jom kite masak bubur nasi jer la... elok gak untuk perut...x la terperanjat beruk dia kalo terus telan nasi kan.. keh keh keh !!! jom layan bubur nasi and sup sayur nih... ni jer la yang termampu dimasak dlm keadaan x berapa nak sihat nih...


Ini Bubur nasi.. kalo mak mentua aku panggil nasi kanji.. kawan2 opis aku mek ganu n kelate panggil nasi air.. ape2 je la labu....



Ni plak sup sayur jer.. penambah rasa n khasit.. pecah telur sebijik baru cukup khasiat ada karbohidrat ada vitamin dan protein..

Haziq sakit perut

"Ibu.. akit peyot" Haziq dah pandai cakap . Dia mengadu sakit perut.. sedihnya ibu dengar.. ibu gosok perut dia sapu minyak yuh yi cap limau. Selang 5 minit ...uwekkkkkkkkkkkkkkk... seluruh isi perut haziq kuar dah.. Haziq muntah keluar semua nasi sebijik-sebijik.... selang 2 minit muntah lagi then muntah lagi.. ibu and ayah panik betul x tau nak buat apa.. masa tuh dah pukul 11.30 malam... uwaaaaa nak buat apa nih.... Nasib baik rumah kitorang dekat nagn klinik 24 jam...Terus kuar pi klinik.. dalam kereta haziq muntah lagik.. nasib baik ibu bawak baju spare.. sampai klinik Haziq muntah lagi sekali... sian betul tg muke dia lemah jer sebab dah banyak kali muntah... bila jumpe doktor Haziq baik jer...doktor masukkan ubat kat belakang tutttt... balik umah haziq terus tertido dengan muke sepeet jerr.. cian Haziq... doktor x kasi Haziq minum susu sebab nnt akan muntah lagik...tapi kena minum air masak sebab bila dh byk muntah nnti terhidrasi pulak.....
kat bawah ni adalah tips yang doktor bgtau bila kanak2 mengalami muntah2
1. Jangan bagi susu sebab bila minum susu dia akan lagi bayak muntah
2. walaubagaimanapun kena kasi air masak sebab nanti dia terhidrasi lagi susah
3. tak boleh amik ubat demam atau antibiotik sebaba kanak2 boleh kena apendik.

Beryl's

Ha entry kali ada kaitan ngan makanan jugak. Nape aku ni makan makan makan. minggu lepas kitorang pi shopping kat kilang beryl's kat Taman Sri Serdang.. murah murah.. seronok banget..sila la layan aksi kami yang kemaruk beli coklat nih..

aku, kak mai and Ana bersama hasil tangkapan

Zu, Kak mai and Ana

Amboi-amboi Zu n Ana pilih x ingat dunia

Beli coklat pun nak posing

Restoren Lemon

Bosan la arini. Perasaan malas dah melanda diri maklum la lagi 4 ari nk cuti tahun bari cina.. hahahah orang lain yang raya aku plak semangat nk cuti.. itu la dinamakan 1 Malaysia hehehehe..Bila bosan mcm ni aku suke pikir pasal makanan sebab makanan boleh membuatkan aku sgt tenang.. hehehe
Ha ni nak citer beberapa minggu lepas kitorang (aku, ana n zu) pi lunch kat Restoren Lemon kat Mines. Ala restoren yang David teo punya tuh
Jom kiter layan picture.. tapi picture x berapa clear snap pakai hp Sony Ericson w395 jerr








kesemua yang kami order ni adalah lunch set complete ngan ais lemon tea n ais-cream RM9.90 kalo x silap harganya.. dh lupe la

Haziq @ Pangkor

Sempena hari ulangtahun perkahwinan ayah n ibu yang ke-3, kitorang bercuti kat Pulau Pangkor. Dah lama ibu berangan nak pi sini. haziq pun sama kan.. heheh alahhh ayah pun sama teringin sgt nk sampi sini kan..Akhirnya sampai gak...
Percutian 2 hari 1 malam 1-1-2010. Layan jer la gamba.. malas nk tulis

Haziq takut naik bot angin kuat


Ayah kat pekan pangkor


Sedap haziq mkn pan cake...tapi haziq pantang jumpe pisau confirm x nak lepas


Syok kan haziq berendam.. puas sungguh Haziq berendam