Sayang Haziq

wah.. lamanya tak update blog.. harini 14 Disember 2010, genaplah 3 tahun Allahyarham Hj Nurudin bapa mertuaku merangkap mbah lanang Haziq meninggal dunia. Disaat dan waktu yang sama aku menulis ni la kami mendapat berita pemergiannya 3 tahun yang lalu. Masa ni kami tgh bersiap sedia untuk ke hospital kerana tanda-tanda untuk melahirkan Haziq telah keluar sejak pagi lagi. Tapi rupanya kami hanya mampu merancang tapi Allah jua la yang menentukannya. Sudak tertulis yang Haziq lahir tanpa datuknya.

esoknya 15 Disember 2007 lahirlah seorang permata hati Muhammad Adam Haziq. Esok Haziq dah pun berusia 3 tahun. Semoga Allah melindungi dan merahmati anakandaku. Happy Birthday Haziq...Ibu dan Ayah sayang Haziq

0 Response to "Sayang Haziq"

Post a Comment