Carl's Jr.

Siapa pernah makan kat restoren fast food Carls Jr angkat tangan. En somi ku kata burger dia sedap.So semalam masa misi mencari buku Haziq kat sunway piramid aku try la. Tapi x sempat nk mkan kat sana . Tapau jek sebab takut Haziq mengamuk nnti dia dah mengantuk.


jeng jeng jeng .. nila burger dia.. dah kena baham sket hahaah.. punya la besar burger dia sorang mmg x bleh abis... patutla harga dia pn mcm untuk 2 org makan. Rasa dia ok la manis2 sket sos dia.

Something untuk Haziq

hai kenapalah Haziq sekarang menguji kesabaran ibu dan ayah betul. haziq agak manja sekarang nih. Dia macam nak kan perhatian 100% dari ibu n Ayah. pastu kuat merengek plak. Asyik nak ibu dukung jek. Kat dalam rumah pun nak ibu dukung.
Ibu pun mencari idea camne nak buat haziq nih bleh main sendiri tanpa merengek2 nak ibu dukung. kasi permainan pun dia x berapa suke. Ha ibu dapat idea. tengokla apa ibu beli untuk haziq jeng jeng jeng...

Ibu beli buku untuk Haziq. Sekarang Haziq dah 1 tahun 7 bulan so boleh baca buku dah heheheeh....

ibu beli 2 buku untuk haziq. baby first animals RM9.90(sebab haziq memang suke tgk animal planet) and First word (yang nih sebab murah RM5.90 jek). Haziq sangat teruja bila ada gambar ngiau kat dalam hehheeh.. gembiranya dia.. bila nampak jek gambar cats yang kat bawah tuh Haziq mesti sebut ngiau.

Haziq pun sekarang dah pandai nk menulis. tapi ibu risau la kalo tgk Haziq pegang pen or pensel takut tercucuk mata. Lagipun kalo kasi Haziq pen sume dia conteng. bantal pun habis jadi mangsa. So ibu belikan Haziq magnetic pen n board nih.magnatic pen ni Haziq hanya boleh conteng kat board dia jek. tempat lain x boleh hehheheh. lega sikit ibu. harganya RM31.90.

kat belakng dia plak boleh conteng guna marker n boleh padam. Kiranya 2 fungsi la.

Tapi tengok la apa Haziq dah buat. Ibu n ayah hanya mampu gelak jek tgk perangai Haziq. Mentang2 kaki dia besar semua benda dia nak pijak..huhuhuh....
Haziq haziq

Orang Kampung

Tengok la gambo kat bawah nih


Ini dalah gambo mak aku tengah petik pucuk ubi kat tepi rumah. Tengok la orang kampung sangat senang nak bercucuk tanam. Tepi rumah pun jadi. Pokok ubi ni aku yang request mak aku tanam sebab sekarang mcm susah sgt nk makan pucuk ubi. Macam x bleh terima kenyataan jer pucuk ubi pun kena beli. kalo tanam sendiri dalam masa 3 bulan dah tinggi mcm nih.Pastu tengok la haziq mesti nk menyebuk ..hehehe..

Sebenarnya aku teringin sgt nk memiliki rumah yang ada ruang untuk bercucuk tanam. Maklumlah umah aku sekarang apartment. Sejemput tanah pun tak ada.Camne.. Tapi itu tak mematahkan semangat juang aku untuk menghijaukan bumi ni. Tengok ni adalah pokok pandan n pokok2 merepek yang lain kat balkoni umah aku. Tapi aku dah banyak kali nk tanam pokok kunyit. tak menjadi2 gak geram betul.


Yang ni pulak kat rak kasut

Fruit Picking

Semalam balik kampung lagi, Muar. Lari dari kesibukan Kuala Lumpur selama 48 jam. Kali nih musim buah lagik. Apalagi fruit picking la. Tapi durian dah abis tinggal rambutan n manggis. Tapi aku tukang duk bawah pokok jek. Orang lain yang tukang panjat. heheheh...

Sebut pasal musin manggis nih kalo time aku kecik2 dulu aku lah orang kaya. Apa tidaknya balik sekolah keje aku duk atas pokok manggis jek pungut buah manggis. pstu petang ada apek bawak motor beli manggis aku. Seingat aku dulu sekilo dalam RM2.00 cmtu. Sehari aku bleh dapat dalam 60 ke 80 hinggit. Best tuhhhh

Tapi sekarang keberanian aku memanjat pokok manggis dah habis terbang ntah kemana. ... Alangkan indahnya zaman bebudak dolu2.

Mutiara oh Mutiara

Untuk n3 kali nih aku nk sambung balik pasal citer bercuti nih.. boleh tak??? Boleh ke tak aku tak peduli sebab aku adalah tuan kepada blog nih... So Ada Aku Kesah.. HAHAHHA... sabar dulu ..
Sebenarnya aku nak share koleksi pearl yang aku borong kat Sabah aritu. Tapi aku x dapat kongsi semua la sebab lom sempat amik gambo dh kena rembat ngan mak n adik aku hahha... So ni jer la tinggal.. itupun kebanyakan orang kirim kat aku.

Yang ni 1 set rantai labuh n gelang tangan RM80


Yang ni pulak 1 set untuk kanak2 RM25


Yang nih kristal jek RM18


start dari atas RM20, RM15, RM 17, RM15


Yang nih RM24


Yang nih RM5 jek satu. Oleh kerana kami dah borong banyak dia kasi 3 RM10 hengget jek. Pak cik yang jual ni siap kasi aku n adik aku free lagik sorang satu.

Mana Menghilang

Wah.. Lama sungguh aku x update blog nih kan Sanagat busy la sekarang.. Banyak kerja.. Semenjak Balik dari bercuti nih macam2 benda la kat ofis tuh yang membuat jiwa ku x tenteram. Tu yang tak ada mood nk update blog.

Sabah Day4 : Tawau -KL

Dah 4 hari kitorang kat borneo nih. harini nak balik KL. Kami datang bawak 2 beg tapi balik dah jadi 3 pulak. 1 beg lagik penuh nagn ikan, ketam n udang. Kami borong habis semlam .. hahahhaha.
BYE BYE Sabah Sayonara.



Haziq berangan. Satu hari nanti aku yang akan bawak kapal terbang nih....

Sabah day 3: Semporna - Tawau

Dah 3 hari dah kat Sabah nih.. hari noh kitorang tak plan nak buat ape2 sebab dah keletihan semalam. pagi2 lepas sarapan teh o and roti bakar, terus bergerak balik semula ke Tawau menuju umah adik aku. malm ni kitorang tido umah dia jek. Plan harini nak pi pasar nk borong ikan n ketam untuk makan tengahari n tak lupa bawak balik KL.




Sabah Day2 :Semporna

Hari ke2 kat Tawau dah. Bangun pagi2 dah pekena nasi kuning. Adik aku kata nasi nih memang famous kat sini.

Lepas mengisi perut terus bertolak ke Semporna.


Terus menuju ke Dargon Inn Floating Hotel.Best


Ini la biliknya. Semalam RM88.Dinding dia diperbuat dari kayu. Agak kasar n tajam sket la.


Ni la bilik air dia. unik mandi air terus jatuh kat laut. Lepas ni kitorang terus sewa boat pi Pulau Mabul.


Dalam Boat




Sabah Day1: Tawau

Selepas 3 hari balik dari Sabah nih baru la aku ada mood nk update blog. Bukan ape balik jer dari holiday dah dapat email yang membuat jiwaku kacau dari lady boss aku. Apa nak buat kan. Ok la x mau citer benda yang x best sekarang nk citer benda yang best jek iaitu HOLIDAY .. hehhehe

Ahli rombongan ialah aku tuan punyer blog, en. somiku, Haziq, mak aku n nor adik bongsu aku.Macam yang dirancangkan aku bertolak dari rumah pukul 4 pagi.Pak Mail kul 3.50 dah sampai umah aku. Hebat org tua nih. Sampai Lcct dalam kul 5 camtu. Lepas breakfast n check in, solat subuh semua tepat jam 7.20 kapal terbang ku pun berlepas. Walaupun aku x booking seat tapi kitorang dapat duk depan sekali. Selesa la luas Haziq pun bleh main2. Tengok la ragam Haziq kat airport n dalam flight.



Haziq tido jek kat dalam flight sebab bangun kul 3.30 pagi hheheh


Hotel yang kitorang lepak kat bandar Tawau. Satu malam RM60 hengget.


masa nk tunggu check in. Lepas check in Haziq sambung tido ngan Ayah. Ibu plak ngan ahli rombongan yang lain meroyan kat central Market memborong mutiara. Tapi sayang lupe nk bawak camera.


Posing kat tepi laut kat Tawau. Aku x ingat ape nama tempat nih. Tawau nih memang tepi laut


Memasing ngan hal sendiri


Pasar Tawau.


Makan malam dengan rakus. Tak SEDAP mahal jek bleh harap.

Tak ada mood la

Sunguh la aku x mood nk wat keje harini...Nape ek?? Nak tau jawapan nyer?? ha ketuk ketampi dulu 20 kali wakakakakkaaka!!!! Sebenaq nye kami nk pi jalan esok nk pi Semporna.Sekeluarga ngan mak n adik pompuan aku. Tak sabar dh ni. hati aku nih dh flying without wings kat Sabah nu..Sungguh ku tebayang pantai yang cantik kat pulau mabul tuh teringat lagu Amelina dolu2

Pasir putih tepi pantai
ombak saling bergetaran
kau lari aku mengejar
diantara deru rindu
kita berdua ......

amboi..

esok flight aku pukul 7.20 pagi . Gilerrrrr pepagi buta kul berapa nk pi airport. tu la nasib baik ada Pak Mail tuan umah sewa kitorang yang dulu tolong hantarkan. Pak Mail nih memang biasa hantar org pi airport pepagi buta. Esok kul 4 pagi bertolak dari KL. Ni alamatnye mlm kang tido pakai baju siap2 bangun trus bertolak.. HAHAHAHAHAHA.. awal tuh kul 4 lagipun excited punya pasal.

kalo ngikut plan nya cenggini

esok betolak dari kl 7.20 pagi sampai tawau 10.05 pagi.
adik aku yang duk kat tawau tuh akan amik kitorang.Pastu merayau2 kat tawau carik mutiara. yang paling penting aku nk pi pasar tawau nk beli ketam nk masak kat umah adik aku. Murah tuh ketam diorang.. katanya la
seharian kat tawau hari jumaat tuh

Then ari sabtu bertolak ke Semporna dengan kereta kelisa awek adik aku. (Muat ke 5 org naik kelisa.. bantai jek)pastu plan nk pi Pulau Mabul naik speed boat.. best tuh...kami plan nk snorkeling ....boleh ker abis Adam Haziq cemana? malam tido kat Dragon Inn Hotel (Floating hotel)

ahad merayau2 plak kat pekan semporna nk nengok anak2 bajau laut mandi laut ..heehhehe then petang balik semula ke tawau

Isnin bertolak balik ke KL flight kul 10.30 pagi dijangka sampai kL 1.15 petang

Kari Kepala Ikan Merah


Kari kepala ikan merah mengancam.. Dah lama dah masak sajek jek nk menghebahkan gambonyer sebab aku tengah lapo sekarang..HUHUHUU

Puff Tuna



Puff Tuna ni aku masak pagi tadi untuk breakfast Haziq. Semangat pagi2 bangun tau buat sarapan. Ala bukan susah pun
resepinya:
1 bungkus roti prata yg plain (5 keping) aku guna brand kawanku
1 tin tuna mayonise/sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)

roti prata di potong 3..ambil satu bahagian kemudian diisi inti di bahagian tengah..selepas itu dilipat jadi segitiga.
ulang proses sampai habis..then kelimkan tepi dia macam karipap...sapukan dengan kuning telur
akhir sekali bakar dalam 30 minit atau sampai puff nampak gebu dan permukaan jd kekuningan.
Dah siap... Haziq jom makan.. resepi nih aku amik kat myresepi.com .. sedap tau sebiji macam puff kat bakery tuh.. so sekarang x payah beli lagik dh boleh buat sendiri. Boleh letak apa2 inti kegemaran ramai hehehehe.....

Masih hangat di dulang pembakar.


Yang ni gulung ngan sosej untuk en somiku yang sangat sukekan sosej. Tapi yang ni aku potong prata tu 4 bahagian so kecik sgt x tutup pun sosej tuh..hiihii

Weekend

Wah!!!! weekend ni dapatla berehat. Dah 2 minggu berturut2 balik kampung. Pagi bangun tidur ada kerahan tenaga. Kena gotong-royong kemas Umah. Tak ada yang terkecuali termasuk Haziq. Part yang paling Haziq suke ialan vacum. Keje nih Haziq dah chup. Lepas kemas2 sume sarapan nuget n french fries jek. Malas nk buat sarapan.
Bila dh tengahari lapar berangkat ke Jusco Taman Maluri. sasaran Utama KFC. Ni sebab terpedaya ngan iklan kat TV tu la.

Dah selamat kena ngap satu baru nak amik gambar. Ni yang perisa baru tuh yang pedas tuh. Pada aku sedap la oleh kerana dia pedas so kurang sket muak.

yehhh... Haziq dah kenyang mkn potato wages

Lepas makan Haziq n Ayah terus menuju ke dunia Haziq(kids world)....sementara ibu bershoppingan. Haziq x mau balik nk main jek kat tempat mainan nih.

Haziq tido pakai selimut


HAHAHHAHAHAH ni gambar haziq tido kat kampung aritu. Ni 1st time tau dia tido pakai selimut. Biasanya dia mesti terjaga kalo kite selimutkan dia terutama bahagian kaki. Tapi tengok ni kaki dia semua kena selimut tapi masih x sedarkan diri. Mungkin Haziq penat sangat kot sebab siang tadi seharian berjalan dari KL ke Teluk Intan ke Hutang melintang. emmmmm CAYANGGG!!!! Haziq