Puff Tuna



Puff Tuna ni aku masak pagi tadi untuk breakfast Haziq. Semangat pagi2 bangun tau buat sarapan. Ala bukan susah pun
resepinya:
1 bungkus roti prata yg plain (5 keping) aku guna brand kawanku
1 tin tuna mayonise/sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)

roti prata di potong 3..ambil satu bahagian kemudian diisi inti di bahagian tengah..selepas itu dilipat jadi segitiga.
ulang proses sampai habis..then kelimkan tepi dia macam karipap...sapukan dengan kuning telur
akhir sekali bakar dalam 30 minit atau sampai puff nampak gebu dan permukaan jd kekuningan.
Dah siap... Haziq jom makan.. resepi nih aku amik kat myresepi.com .. sedap tau sebiji macam puff kat bakery tuh.. so sekarang x payah beli lagik dh boleh buat sendiri. Boleh letak apa2 inti kegemaran ramai hehehehe.....

Masih hangat di dulang pembakar.


Yang ni gulung ngan sosej untuk en somiku yang sangat sukekan sosej. Tapi yang ni aku potong prata tu 4 bahagian so kecik sgt x tutup pun sosej tuh..hiihii

0 Response to "Puff Tuna"

Post a Comment