Sambal Lada Hiris Udang


Sambal ni kalo tak silap, aku masak 2 minggu lepas. Nama dia sambal Lada Hiris Udang. Sambal cmni memang famous kat kampung aku, Kampung Tanjong Olak, Muar. Asal nya resepi ni x letak udang pun. Hanya letak ikan bilis jek. Mungkin orang dulu-dulu kan susah so masak la sambal ni sebab bahan-bahannya sangat la simple. Tapi memang sedap gilezzz. Lagi-lagi kalo lada nya pedas sket. Ha nk bagitau orang kampung aku tak guna perkataan cili. Kami guna lada. kalo cili tuh maksud dia ialah cili api.

Ha satu lagi sambal ni famous bila time kenduri kawen. Time rewang tuh biasanya diorang akan masak sambal ni dicampur dengan hati ayam, dan segala organ dalaman ayam. Masakan ni jadi juadah untuk makan tengahari semua orang kampung yang datang rewang sehari sebelum majlis kenduri kawen.(Berbelit-belit ayat aku)

Oleh kerana aku rasa sambal ni agak special, aku tepek la resepinya sekali untuk anak cucu cicit aku nanti hehehhe

Bahan
lada merah + hijau dihiris
bawang merah potong bulat
bawang putih dihiris
sedikit halia dihiris
ikan bilis atau udang atau hati ayam pun sedap
minyak
garam
serbuk perasa
asam jawa

Cara-cara nya sangat la mudah
kalau guna ikan bilis, ikan bilisnya hendaklah digoreng dahulu.
Tumis semua bahan-bahan diatas lepas tu perasakan dengan garam dan serbuk perasa dan jangan lupa letakan sesudu air asam jawa. Siap untuk dihidang dengan nasi panas dan ikan masin.

0 Response to "Sambal Lada Hiris Udang"

Post a Comment